Sabtu, 15 November 2008

Sejarah Kampung

Kampung Hutan Percha diteroka pada awal tahun 1961.Mengikut asal usul cerita nama Hutan Percha diambil daripada sebatang pokok kayu yang diberi nama pohon jinjang @pokok perca.Ia merupakan salah satu pokok yang tertinggi didalam kawasan hutan yang berhampiran.Getah daripada pohon ini boleh dibuat racun sumpit oleh orang asli.Getah ini juga diproses menjadi gam yang kuat untuk membuat perahu.

Pada tahun 1962 bermula penempatan para peneroka yang diurus tadbir oleh FELDA.

Seramai 285 peneroka yang terdiri daripada213 bangsa melayu,66 cina,dan 6 india.Kaseluruhan hutan percha ditanam dengan getah.

Kampung Hutan Percha terletak 35km dari timur bandar MELAKA,selain itu pekan yang berhampiran seperti ALOR GAJAH hanya kira-kira 15km ,bandar TAMPIN 12km dan mempunyai laluan utara dan selatan melalui jalan darat.

Kemudahan yang ada seperti sekolah kebangsaan,balai polis,pusat kesihatan kecil,masjid,sekolah agama(JAIM),sekolah tadika kemas,serta rumah-rumah ibadat bagi kaum cina dan india.

Pada masa sekarang kebanyakan peneroka adalah generasi kedua yang diwarisi selepas kebanyakan peneroka generasi pertama telah kembali ke rahmatullah.

Sehigga kini penduduk di Felda Hutan Percha hidup didalam keadaan aman damai dan harmoni serta saling menghormatin sesama masyarakat yang berbilang kaum.

Rabu, 12 November 2008

Keluasan Kampung

Pada tahun 1960/61 kawasan Felda Hutan Percha di anggar seluas 328.42 hektar manakala luas kawasan yang mengeluarkan hasil ialah 264.98 hektar.

Luas kawasan Tanaman pada 1961/62 pula ialah 485.55 hektar setelah Felda membuka satu lagi peringkat ,namun setelah ditolak luas kawasan penempatan untuk peneroka maka luas kawasan hasil hanyalah berbaki 368.68 hektar sahaja.

Tahun 1962/63 pula menyaksikan Felda Hutan Percha ditambah 142.04 hektar dan menjadikan keluasan kawasan yang mengeluarkan hasil bertambah menjadi 458.44 hektar,ini menjadikan keseluruhan kawasan ini berkeluasan 1156.33 hektar pada tahun 1972/76,manakala jumlah keluasan tanah yang mengeluar hasil di anggar berjumlah 723.42 hektar.

Pecahan keluasan Tanah Rancangan Felda Hutan Percha pula di miliki oleh Kerajaan seluas 15 hektar di mana tanah-tanah tersebut di dirikan sekolah,klinik kesihatan,balai polis,dan kemudahan-kemudahan lain.Bagi penempatan peneroka dan keluarga pula seluas 66 hektar pula diperuntukkan oleh felda untuk keselesaan mareka.

Selain daripada 81 hektar yang telah diguna untuk tujuan diatas,felda juga menyediakan kawasan seluas 1 hektar iaitu 0.50 hektar untuk peneroka beragama islam manakala cina dan india masing-masing 0.25 hektar sebagai tanah perkuburan.